Followers

Monday, April 11, 2011

terbaca status achik, terasa diri ini amat bodoh, selama hidup di bumi Allah, sembahyang 5 waktu setiap hari, tetapi x pernah nak ambil tahu pasal makna-makna dalam solat, mungkin, ada la yang saya tahu, yang senang-senang, yang maybe budak kecik pun tahu maknanye, YA, saya memang agak jahil dalam soal agama, tapi, belum terlambatkan untuk saya belajar sekarang?? belajar biology dalam masa 2 tahun, boleh je saya nak ingat fakta-fakta tu semua, tapi, kenapa makna-makna dalam solat ni susah sangat nak ingat? jom rakan-rakan, belajar sama-sama, maybe ada yang akan cakap dekat saya, baru sekarang baru nak ambil tahu, aper daa~ tapi, its better than x ambil tahu langsung kan?

bersolatlah dengan sedar, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala hanya menerima solat orang sedar dan memakbulkan doa orang yang berdoa dalam keadaan sedar.

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Friday, April 8, 2011

kebosanan di malam hari..


aku update blog? thats mean aku sedang bosan lah ni.. HAHAHA.. esok, mahu dating dengan rakan-rakan.. miss them a lot.. tahun ni memang tahun paling kerap la aku melawat kb mall, aku rasa pak cik-pak cik yang basuh kereta dekat bawah tu pon dah kenal kot aku and mak aku.. sebab, kami selalu basuh kereta dekat situ, sebab malas nak cari parking, rm8 je kalau basuh only.. worth la, basuh dalam and luar..

tengok gambar di atas ye, sekarang, semua orang sedang bercakap-cakap pasal f1.. nak pergi tengok gak!! my ayah su is one of the f1 medical service team.. ayah su, i want one ticket, please??

seriously, rindu f1 in schools.. happy gila kot masa f1, hahaha.. sebab f1, aku rapat ngan farah, zati, nik.. mereka bertiga je kot orang-orang yang aku kurang rapat sebelum f1 and telah menjadi sangat sangat baik after f1.. thanks to f1 ya!! sebab f1, aku merasa naik bas 15 0rang termasuk driver bas, pergi kl.. cool x? walaupun, pembaziran berlaku yer di situ, tapi, bila lagi kan nak merasa experience sebegitu?? sebab f1, aku kenal la juga machine-machine dekat bengkel tuh and solid edge :D.. sebab f1, kami pernah pergi bengkel malam-malam, sebelum f1, bengkel? haram aku nak pergi kot... sebab f1, aku pernah pergi rumah sir mokhtar.. HAHA, yang ni memang x boleh blah la.. tapi, betul la kan, kalau harapkan aku nak pergi rumah sir yang jauh di sana, x sampai la kot.. hehehe.. sebab f1, kami ke tumpat, nama kampung tuh aku dah lupa la, sampai tengah malam semata-mata nak cat kereta.. sebab f1, aku skip final exam and need to exam dalam cuti, and the exam dalam cuti, is really really really not good, kan rakan-rakan f1.? sebab f1, aku dapat rakan the whole malaysia, walaupun x rapat sangat, tapi kalau jumpa, insyaallah aku cam, sebab berhari-hari tengok muka sama je.. hahaha.. sebab f1, banyak benda yang aku belajar, how to communicate in front of people, how to search for sponsorship, how to conduct an event sebab aku kena menacara majlis depan-depan ramai orang-orang besar, dato muhyiddin, dato alimuddin, and yang datang sekolah aku lupa nama ape.. so, adik-adik form 4 sekalian, grab the oppurtunity, join f1 in schools, u all x kan rugi la, seriouly, x tipu.. :)

Thursday, April 7, 2011

betul ke?

betul ke ada orang cakap kalau kita suka seseorang and kita x bagi tahu sesiapa, dan kalau kita mati, itu dikira mati syahid?



































HAHA.. kalau macam tu, nanti saya jumpa seseorang yang saya suka, saya pun x nak bagitahu orang lah.. :)

Monday, April 4, 2011

suka suka suka :DD

Wajah yang tampan
Sungguh menawan
Dan juga kaya
Ku suka dia
Tak banyak gaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya

Saat kau menghampiri diriku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku

Diam-diam
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu
Diam-diam
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu

hahaha... love this song :DD xder motif pon.. saje mahu masukkan dalam belog ini.. okay derr...

Saturday, April 2, 2011

kids are very annoying -,-

some may think that kids are cute.. and bla bla bla.. but, as for me, they are very very very annoying.. lets begin the story..

hari ni, ada seorang budak ni, berumur 5 tahun, identiti dirahsiakan.. HA-HA-HA .. memang selama ini aku dah memang annoying gila dengan budak ni tapi x der la sampai seannoying hari ni, kaub hebat gila budak, kau berjaya buat aku hampir hampir menangis sebab stress yang amat dengan kau.. aku boleh je nak pukul kau balik, tapi, apa kata mak kau nanti? apa yang kau buat dekat ak sepanjang hari ni..

1. kau memekik dalam cc sepanjang hari.. hey, customer2 need privacy la.. aku rasa kejap lagi semua customer x datang sini sebab annoying dengan kau..

2. kau datang-datang je dekat aku, then, PAP atas belakang aku, kalau setakat sekali je kau buat macam tu, aku boleh je tahan, ni kalau dah sampai beratus-ratus kali, siapa x marah.. x kesah la kau budak ke ape.. kau dah sekolah kan?

3. hari ni, kau main-main ngan laptop angah, aku x larang kau pon.. sebab aku tahu, laptop x on pon.. okay, yang tu fine la kan, kenapa kau nak datang main-main ngan laptop tuh sebelah aku? x senang-senang lagi ke hati kau kacau hidup aku hari ni...

4. tiba-tiba je kau datang pukul-pukul aku lak.. without any reason.. walaupun kau budak, sakit jugak la kan kaun pukul aku tu.. aku geram je nak pukul kau balik... tapi, sabar.. mak dia lak, xboleh ke larang anak ni.. ?

5. fyi, aku sekarang tengah jaga cc, and dalam cc ni ada dua pintu,. pintu tuh selalunya terbuka la kalau cc ni open, sebab aku biasenya x on air-cond, so, macam kira gak lemas la lau x buka pintu, kau pula pergi main-main ngan pintu tuh, tutup semua pintu-pintu, then gelak dengan kuatnye.. aku nak pergi buka pintu, kau halang.. pukul.. stress tau x?

6. aku tengah chatting ngan kawan aku, then kau datang tekan-tekan kat keyboard tuh, tekan benda-benda mengarut.. sampai kawan aku macam.. ape ni? huh? aku nak menaip, kau pegang tangan aku.. kau ni boleh tahan kuat erk.. huh!

7. kau main-main dengan beg aku, phone aku,.. kalau aku marah, kau buat muka and gelak, kau ni x der perasaan ke? kau x reti takut? aku rasa la, kawan-kawan aku kalau tengok aku marah macam tuh, mesti semua dah senyap, x berani nak dekat,.. tapi kau?

8. then, kau main-main ngan spect aku.. aku nak ambik, kau x nak bagi, duk arak spec aku ke sana sini, hey, dah la spec aku tuh dah nak uzur.. longgar semacam je, kalau jatuh, patah kan, x pasal-pasal kau kene ganti.. aku x kira, budak x budak, ganti balik!!

9. 1 lagi benda yang aku annoying pasal kau, semua benda aku, kau nak.. apa yang aku makan, kau nak, walaupun kau baru je habiss makan.. haih~

okay, fine, aku tahu x semua budak annoying tapi, because of budak ni.. ntah la.. buat masa sekarang, aku memang x suka budak.. titik.. tapi, kalau baby- budak yang umur 3 tahun ok je.. yang dah besar sikit ni je annoying.. nak perhatian la kononnye kot.. -,-

Friday, April 1, 2011

blog walking..

HAHA.. walking la sangat.. x der la walking sangat pun actually, aku biasenya tengok blog rakan-rakan je.. bulan, c10, hani, rina, and bla bla bla.. siapa-siapa rakan-rakan yang ada blog la.. tapi, seriously, saya suka baca blog bulan la.. blog bulan memang TERBAIK la.. hehehe..

okay, hari tuh aku baca la blog c10 ni, aku memang sangat suka dekat satu ayat ni, teremahan al-quran actually, and dah dapat permission c10, untuk post dekat blog aku juga.. hehehe... berkongsi, x salah kan? hee~

haaa~ ini dia..

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
surah Al-Baqarah, ayat 216 (2:216)


allah know what the best for us, right? ini juga lah yang wina cakap dekat aku, masa hari ambik result disebabkan aku sangat-sangat frust tak dapat straight A's.. so, maybe straight bukan yang terbaik untuk kita, sebab, maybe kita akan terlalai/terleka/ teralpa dekat result staight A's kita tuh kan.. so, allah bagi peringtan untuk kita supaya jangan terlalu leka, hasilnya, terkuranglah 1 A.. hahaha.. tapi, apa-apa pun bersyukur sangat-sangat..

allah tidak suka hamba yang tidak bersyukur kan, kan bulan kan? hahha.. pinjam ayat bulan ;)